6 Oktober 2009,Selasa
Bersama YB Datuk Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan
Seronok! Itulah yang dapat aku gambarkan perasaan aku hari ini. Bukan apa, kerja-kerja jugak, tapi kadang2 ada majl

is keramaian Kementerian tu kene la jugak join. Tak sangka jadi seronok pulak. Apa2pun ianya adalah satu lagi pengalaman bagi mematangkan diri.

Hari ini ada Perhimpunan bulanan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama agensi sekaligus sambutan hari raya anjuran DBKL. Bertempat di Dewan Titiwangsa, a
ku ditugaskan menjadi penyambut tetamu disamping protokol bagi majlis tersebut. Ramai para hadirin hadir dan tetamu kehormat te
rdiri daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Timbalan2, Datuk2 Bandar serta kesemua VVIP Kementerian Wilayah.
Pada awal majlis, YB Datuk Raja
Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin selaku Menteri Wilayah berucap menyampaikan amanat dan beliau telah menekankan konsep 7P yang diperkenalkan di Kementerian ini. Selain itu, beliau telah menyampaikan watikah pelantikan bagi Ahli Lembaga Penasihat DBKL
yang baru serta telah menyerahkan pengurniaan Sijil ISO kepada DBKL di atas pencapaiannya baru2 ini.

Majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. Apa yang menarik, persembahan kombo DBKL dan tarian dari DBKL memang mantap. Kami dipersembahkan juga dengan dendangan artis2 masyhur seperti Dina, Aizat dan JJ. Aku sangat mengagumi Aizat kerana beliau mempunyai bakat yang sangat bagus sekali. Aku kagum dengan lagu2 dendangan beliau yang lunak dan puitis disamping persembahan bersahaja beliau. Anak muda yang bakal menjadi bintang ternama ini juga sangat menghormati orang2 tua dan peminatnya. Memang aku sendiri meminati lagu2 ciptaan anak muda ini.

Aku dan rakan2 juga berpeluang bergambar bersama artis2 tersebut dan yang seronoknya, dapat kami bergambar bersama Menteri Wilayah sendiri,

YB Datuk Raja
Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin. Beliau yang ramah dengan senyuman dan sangat energetik sering turun padang mengenali warga KWP serta tidak segan silu bercampur dengan kami.
Apa
2pun, aku gembira kerana mendapat satu lagi pengalaman yang indah
di KWP ini. Meskipun perkara2 seperti ini pernah aku alami di Kementerian2 lain yang pernah aku berkhidmat, tetapi kali ini aku ingin merekodkan perkara penting yang berlaku sepanjang perkhidmatan aku di dalam Kerajaan. Yang pasti,
Rahsia Kerajaan tetap
dipegang dan itu akan menjadi ingatan aku sepanjang masa. Aku pasti akan mencurahkan seluruh tenaga dan usaha ku serta pemikiran bagi memartabatkan Perkhidmatan Awam seluruhnya.

